Sunday, 3 June 2012

the memorable weeks

Assalamualaikum...
Mak, ayah, cikgu2, kawan2, sahabat2, teman2, makcik2, pakcik2, adik2, abang2, akhowat2, burung2, ayam2, ikan2, dan semuaLAH! Ayuh kita sentiasa menginatiNya, nescaya Dia pasti akan mengingati kita kembali, yakin! pasti!

tajuk? hebat! ape kes?
hehe..kes nyeeerrr...final exam lagi dua minggu..and skrg, tgh study leave...waaahhh...hebat sangat ko, tgh study leave boleh update blog..hehe..O_0

tak kira, nk conteng gak, dah serabut fikiran aku nih...kejap jer..

alkisahnya, lagi dua minggu nak habis lecture week, mcm2 assingments la kena buat and mostly by grouping... nak dijadikan cerita, saya ni jadi lah urusetia yg ringan tulang, 2 program yg berturut,,,dalam minggu2 yg kritikal tuh..waaahhh...ekau bayangkanlah...tak menang tangan dibuatnya...

Program pertama 'Makeweekend program @negeri sembilan'
organizer,host and participants

participants from USIM..yeay! 1st year student :p

participants from USIM.. IChemTEch 2nd year student

another USIM team, 2nd team of 1st year student..

and last, member comitte team, only two from us..my classmates!

the prototype..1
the prototype..2

puuhh...this program make me..like jalan tak cukup tanah..semua tempat nk dikejar nya, just eant to make the organizer and participants seselesa yg mungkin sepanjang berada kat USIM.

and me, 
hanya orang dibelakang tabir, yg menyokong rakan2 seperjuangan dalam program nih...ceehhh..gaya mcm masuk acara ape je...^__^

Dan, program kedua, Minggu Taa'ruf Pelajar Tamhidi Sesi 2012/2013. sejurus tamat program diatas at sunday 11.30pm,dan esoknya dah start mesyuarat tuk miggu taaruf and the rest till next sunday...


ha... ni kira bukti gak la yg aku jadi urusetia walau tak nampak pun budak tamhidi kat situ...ni time diorang kena gotong-royong...
jangan kata kitorang tak bergotong royong plak..dusshh..!!!hamek kau... kitorang bertiga antara urusetia yg terlebih rajin untuk bergotong royong...adik2 punya kerja pun kitorang yg buat kan tau..!! (bangga la puleekk)

tapi 2 minngu yg sibuk ni...aku still curi2 masa jumpa groupmates. siapkan assingments. ikutkan logik akal, assingments lg penting kan? tpi kita kan dah berjanji untuk jadi urusetia sblum assingments tu dtg lagi..so..pegang janji tu, and DO IT!!

Then, aku haapy, walau penat,letih, dan mcm2...tapi aku puas, assingments dapat buat,(terbaek lagi),huhu..bangga lagi..dushh!! pengalaman dapat..elaun pun dapat..huhu(sampingan, x tau pun dapat)-.-'

tiba2, dah habis lecture weeks, yg tggal, study leave..ffuuhhh.. sedar x sedar...

Alhamdulillah, jadual exam tak pack sangat. ada 4 paper. satu minggu 2 paper. so, exam 2 minggu je..and paling siok, dapat 2 minggu study leave..SAYA AKAN GUNA SEBAIKNYA 2 MINGGU NI..!!!!

Till then..^___^ May Peace Be Upon You



Wednesday, 11 April 2012

bersih+kemas = cantik

Assalamualaikum wbt

Sihat?Tenang?Aman?Damai?Selesa?Senang hati? ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...dah berbulan tak update.Apa cer? Busy sangat ke?kalah menteri busy kau ni...hehe..hmm...nak tanya,tau tak semangat tu apa? Kalau tau, bnda tu lah yg menyebabkan blog ni biarkan...hehe tapi kenapa?why?limaza? Entah.Tak tau.Takde sebab ;p Boleh ke macam tu? Boleh! Sebab dah memang tak de reason lain.tak kan nk menipu kot.sbnarnya hampir2 tlupa pon ada blog... wooaahh.. melampau..!! betul.sungguh.

SEMANGAT.SPIRIT.satu perasaan yang secara fitrahnya  terasa di dalam diri yang boleh mencapai setinggi langit dan boleh juga terasa serendah  dan selandai pasir pesisir pantai...itulah hakikat, yang hampir kita tak perasaan.

to be continue...

Thursday, 23 June 2011

terhantukkk??? adoi..!!!

ASSALAMUALAIKUM WBT.....


sihat? selamat? aman? damai? Alhamdulillah. hanya padaMu kami bersyukur yaAllah.


"AWAK DAH BESAR.SEBAB TU SAYA TAK TEGUR AWAK.AWAK BOLEH PIKIR SENDIRI.MANA YG BAIK, MANA YG BURUK UTK DIRI AWAK"


itu yg terbuku.itu yg tersirat.pahit.pedih.sakit.perit rasanya.sampai bila nk rasa macam tu? umur AWAK tersangat la jauh dari saya. sebab tu saya tak tegur AWAK. sebab saya yakin dan pasti yg sebenarnya AWAK tau yg perkara2 yg AWAK buat tu EXACTLY WRONG.SALAH.SALAH DISISI ISLAM.ALLAH MARAH.SANGAT MARAH.MARAH SANGAT2.tak kan la AWAK sengaja nak buat benda yg tuhan kita marah?? tak,kan??


saya nak tegur AWAK.siapa saya?? saya hidup kat dunia ni pun tak sampai lagi 20 tahun.sedangkan AWAK.?? tak kan saya yg baru hidup setahun jagung nak betulkan hidup AWAK yg dah bertahu2 kot??


AWAK ada mak ayah. mak ayah AWAK sayang kat AWAK. bukan mak ayah je, ramai lagi yg sayang kat AWAK. ramai saudara2 kite yg sayang sangat kat AWAK. sbb AWAK best, seronok, ceria, friendly, peramah, rajin, kecoh , AWAK memang best lah.


tapi, yg SALAH tetap SALAH. yg HARAM tetap HARAM.segala niat baik AWAK tu, tak boleh mengHALALkan yg HARAM. NIAT TAK MENGHALALKAN CARA. niat dan cara mestilah seiring.


ok lah. saya dah tak tahu nak luahkan macam mana lagi dah. harapnya AWAK boleh tersedar sebelum sesuatu yg tak di ingini berlaku. nauzubillahiminzalik. JANGAN DAH TERHANTUK BARU NAK TERGADAH.


## post kali ni memang 100% luahan perasaan yg setelah kian lama terpendam. harapnya tidak menganggu mana2 pihak. 

  MAY ALLAH BLESS YOU ALL. HERE AND HEREAFTER.

Saturday, 11 June 2011

mungkinkah...???

Assalamualaikum wbt...


semoga sihat semuanya.:p sentiasalah kita berusaha sedaya upaya yang mungkin semoga pada setiap perkara yang kita buat dalam seharian, beroleh berkat, rahmat dan syafaat.semoga kita  tidak terpesong dari jalanNya. "tunjukkanlah kami jalan yg lurus.jalan org2 yg Engkau beri nikmat.dan bukan pula jalan mereka yg sesat" Insya Allah.


hehe.abang pun dah tegur."tak nak kerja ke? lama tu cuti.duduk kat rumah je.bukan buat ape pun" bukan buat ape? kalau bukan saya orang yg masak,basuh,kemas,etc, sape lagi??hehe, dalam hati je la. tak menjawab pon.saya adik yg baik =.=' . ikhlas la, tak nak ungkit, mak buat kerja lagi banyak, tak pernah ungkit pon. SAYANG EMAK SENTIASA + SAYANG ALLAH SENTIASA =  SAYANG EMAK KERANA ALLAH. KEREDHAAN ALLAH TERLETAK PADA KEREDHAAN IBU BAPA.              ada pendapat sendiri kenapa tak nak kerja. ada tertanam dalam hati keinginan tu,jeles jugak dgn kawan2 yg dah pegang duit sendiri hasil dari usaha sendiri. ada jugak keinginan nak tukar handphone baru hasil duit kerja sendiri. tapi, saya ada sebab sendiri kenapa tak mahu kerja, hanya Allah sahaja yg tahu segalanya. sudahku serahkan hati ini kepada Allah untuk menjaganya sebaik mungkin. InsyaAllah pilihan ku ini betul.Amin.

awal2 cuti tuh, banyak dah habiskan masa dgn baca novel. actually novel2 tuh semua dah pernah baca. saja baca balik, sbb belum ada bajet nak beli novel baru. novel yg memang akan selalu di ulang baca ialah novel2 hasil kerja,eh, macam kraft tangan la pulak bunyinya,dush, hasil tulisan, sape lagi kalau tak lain tak bukan H.M TUAH HLOVATE.

setiap satunya ada keistimewaan dia sendiri
* tak nak cerita, sebab tak kan cukup satu malam. :p
dan sesungguhnya kita akan rasa sendiri, apa keinginan atau kehendak hati kita,tak perlu bantuan org lain. cuma, sama ada keinginan atau kemahuan kita tu perkara baik atau sebaliknya. yg menuju ke arah lebih dekat padaNya atau jauh daripadaNya. jalan yg menuju ke arah yg lebih baik biasanya kita panggil hidayah. hidayah Allah beri kepada umatnya yg terpilih untuk terus memperbaiki diri supaya lebih dekat padaNya. cuma insan2 terpilih je akan rasa hidayah daripadaNya. 

pembakar semangat
novel2 tadi dah tukar jadi novel kat atas sekarang nih. sungguh la.sangat bersykur. ALHAMDULILLAH. dah pernah baca, dan tak salah baca lagi. kenapa novl2 lain, boleh ulang, kenapa tidak novel pahlawan Islam? sendiri rasa,  bahawa hati ni rasa dahaga, rindu dan kasih akan cerita2 Islam. novel2 yg menanti seterusnya




ya Allah, aku memohon kepadaMu, janganlah Kau pesongkan hatiku setalah Engkau memberi hidayah kepadaku.

MAY ALLAH BLESS YOU.AMEEN.

Thursday, 9 June 2011

...akhirnya...finally...waakhiran...

ASSALAMUALAIKUM wbt...


Ya Allah, lama sangat dah x menaip, idea ada, tapi masa utk menaip, sangatlah sempit.

Sebelum itu, diharap semoga semua berada di bawah limpahan rahmatnya,always and always..Insya Allah..bi iznillah... dengan sentiasa mengingatiNya, InsyaAllah kita x kan dilupakan oleh Nya...


Dalam beberapa bulan tak menaip nih, macam2 perkara dah pun berlaku. Dan antaranya PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER yg sagt digeruni oleh setiap pelajar. 


Peperiksaan yg dimana keputusannya nanti menentukan sama ada kita layak atau pun tak dengan pilihan kursus yg telah kita pilih. huh.macam keputusan mengundi pilih calon jer gaya kan?. lebih kurang mcm tu lah.perkara tuh dah pon selamat kami pelajar2 lepasi dgn jayanya.jaya ke?? hehehe.x pe,berazam.ok, sepatutnya, kami lepasi dgn selamatnya.sebeb tak de kemalangan yg melibatkan tekanan jiwa,perasaan atau emosi yg berlaku.almaklumla, semua org struggle utk buat yg the best.alhamdulillah


Last paper, parents, members, tanya exam amacam??  gaya mcm  Frank Lampard ni je yg mampu aku buat.


Tapi, perkara yg tak dapat dilupakan ialah, KECURIAN. yes!! absouletly!!right!! berlaku kecurian di asrama puteri, eh, kolej actually, asrama mcm sekolah pulak bunyinya. Aktiviti nih(curi-mencuri) berlaku dalam study week, hari jumaat, iaitu lagi 2 hari kami nak start exam,sungguh la  tak berhati perut pencuri tersebut, eh, kalau berhati perut tak kan die mencuri pulak kan? dush.Perkara ni sekelip mata menjadi hot-topic dikalangan pelajar. Kalau dah yg hilangya, kunci kereta, laptop( tak ingat berapa bijik), dan handphone dalam 5 bijik, mau tak nya hot topic?? yg mendengar, yg melihat pun dah tak terkata, yg menjadi mangsa??huh.berpeluh.Sesengguhnya Allah lebih mengetahui.mungkin yg menjadi mangsa tu antara yg tersenarai dalam dean's list??
hmm..tiada yg mustahil,balasan atas musibah yg menimpa mereka.


perasaan kalau nama tersenarai dalam dean's list.
credit to my best friend; yg tak suka vettel.






Sebenarnya, ada banyak lagi lagi tulis, tapi masa yg sempit, terpaksa la berhenti setakat ini.


SENYUM.MAY ALLAH BLESS HERE AND AFTER.



Sunday, 27 March 2011

CINCHAI CINCHAU

assalamualaikum w.b.t


semoga semua berada dalam keadaan yg sihat sejahtera dan dibawah rahmat dan berkat Nya...insyaAllah...


okay...tajuk memang x de kaitan sebenarnye...sbb yg sebenernya, nk tulis ape pon x tau, sbb 2 x de tajuk...aigoo...hehehe...


dariNya kita datang dan kepadaNya kite kembali..., sbb baru2 ni nenek kepada my beloved friend pergi untuk selama2 nya...inalillah hi wa inna ilaihiraji'un....takziah....serious x pernah nmpak die nangis, coz from my sight, she is strong to faced any problem, she is one of important person in an organization in my lecture group, so she had faced many kind of problem, and...SHE'S STILL SMILING...i'm impressed with you my friend, she also my inspiration coz she also one of student that get Dean's list last sem...thanks coz accept me as your friend...


so, bukan lah satu yg mudah untuk menerima satu berita yg sangat menyedihkan...tapi, itulah kepastian yg kite kene terima, sbb satu hari nanti kita pun akan ikut jejak langkah mereka untuk berjumpa yg Maha Pencipta...
sedih....sedih sgt.....kite akan rase mcm2 bile terima berita tuh.mcm x nk terima pon ade, tapi siapalah kite utk menolak takdir Allah<cakap berdasarkan pengalaman jugak>


MANUSIA.....dh tau kita pasti dan pasti akan ikut jejak langkah mereka, kita akan dihisab dan sebagainya, tapi, apa persediaan kita...??? mcm x tau je peersediaan apa kena buat....semetinya la dh tau....ye...dah tau...dah tau la....tapi, kenapa kita x buat...???


hmmm....MANUSIA....back to me...and to all of you...sbb dah tau yg bace bnda nih semua manusia, x de makhluk lain dah...hmm...so...apa nk buat skrg....


that's all.....MAY ALLAH BLESS HERE AND AFTER...

Thursday, 17 March 2011

whoaaa...

Assalamualaikum...may Allah bless...Alhamdulillah ade mase nk buat entry baru, walau idea tersangat la kehring...

sekarang ni, time utk counting the grand finale tersangat la terasa. kalau dulu, ala...ade tiga bulan lg, pastu, x pe..., 2 bulan lg...la ni..!!dh tnggal sebulan je lgi, nak kata X PE jugak ke..??? itu untuk org yg baca sekali dh melekat, x payah buat latihan pon dh expert,otak macam einstein, boleh la cakap mcm tuh. (just jgn kufur nikmat dgn kelebihan yg Allah bagi ), ok lah...

mengira waktu2 genting sangat la menakutkan...menyeramkan...menervouskan(suka ati je) dan mcam2...sebab, kite x tau apa yg bakal kite hadapi...kalau exam:susah ke, senang ke, biasa je ke dsb.kalau kawen:boleh bahagia ke, susah ke. bnyak tanggungjwab ke, dsb.kalau sunat(kenapa sunat?x tau): sakit ke, sekejap je ke ke,buat ape je,bila boleh baik? dsb.

kite akan asyik memikirkan apa yg akan kite hadapi, dan ape kesannya yg bakal kite lalui selepas itu...kadang2 mengalahkan PM pikir.( cause n effect).ye ke PM pikir mcm tu?ntah.xtau.tapi, itu lah hakikatnye. betul x...??

oleh itu, as a human, kite akan berusaha melakukan sesuatu supaya apa yg bakal kita lalui nnti mudah, senang, lancar, tenang dan bahagia. kita akan buat pa cara sekali pun utk pastikan kesannya nnti, kite dapat advantage.

boleh kite applykan perkara ni kepada satu perkara yg sedang menanti dan pasti akan kita sama2 lalui..??boleh, x boleh..memang kena boleh!! yaumul qiamat...kite berusaha mengumpul pahala sebagai bekalan supaya kesannya nnti, kita mendapat advantage yg Allah janjikan...AL-JANNAH. manisnya. indahnya, nikmatnya, asyiknya kalau semua org berpikir macam tuh...hmm..Ya Allah jangan Kau pesongkan hati kami, setelah Kau mmberi hidayah kepada kami. 



MAY ALLAH BLESS YOU.HERE AND AFTER